Monday, May 23, 2011

Anda mengawal diri anda.





Assalamualaikum..


       Hai kawan. Lama tak dengar khabar ya? Hurmm. Yup dah lama masa berlalu, dan terlalu banyak yg telah berlaku. Namun tidak siapa yg tahu.. Demi masa. Ya demi masa manusia itu selalu kerugian. Kerana manusia sentiasa tidak sedar akan masa yg berlalu. Manusia terlalu lalai. Termasuk juga dgn diri aku. Kerana diri aku juga ttp seorang manusia biasa yg sentiasa hanyut dibuai arus kemodenisasi dunia yg fana ini. Setiap kali aku kenangkan masa2 yg berlalu.. Ya terlalu banyak masa yg rugi. Namun aku bkn lah seorang manusia yg tidak bersyukur. Kerana selama masa yg aku lalui tiada sikit pun aku sesali, kerana aku tahu masa itu kurniaan Allah. Dan setiap detik masa itu berlalu ialah harga setiap hembusan nafas dari Allah. Jadi kita patut bersyukur atas kurniaan umur yg panjang. Walau apa pun yg telah dilalui sama ada baik mahupun buruk anggap lah ia sebagai pendorong utk kita berjuang menggunakan masa dgn lebih baik pada masa akan datang. Seperti kata pepatah, yg mana tidak baik jgn dibiarkan pisang berbuah dua kali. Betul bukan? Jika kita sudah masak benar dgn permainan hidup ini kita jgn sekali lagi jatuh dan mudah dipermainkan hidup ini. Walaupun kita manusia yg tidak bijak meneka apa cabaran dan ujian dari Allah keatas hidup kita. Tapi kita haruslah bijak menghargai masa. Pilihan di tangan kita. Kita harus ingat walau takdir hidup kita telah ditetapkan Allah namun kita mampu untuk tetap membuat pilihan. Kerana Allah itu sentiasa memberi jalan kebaikan kepada hambanya yg memilih untuk berbuat kebaikan kerana-Nya. Tetapkan niat yg baik dan pilihan yg baik itu sentiasa KERANA ALLAH, DEMI ALLAH. 

Aku selalu berpesan kepada diri ku dan aku mengharapkan kalian juga berdoa, semoga Allah sentiasa melindungi kita dari keburukan dan menjaga aib kita sebagai seorang manusia yg lemah. Apa jua ketentuan dari-mu Ya Allah adalah terbaik bagi aku hamba-mu, dan apa jua yg buruk itu adalah dtg dari kelemahan aku sebagai manusia yg lemah. Allah maha bijaksana, sahajalah yg menguasai keseluruhan alam. Aminnnn..

Diharapkan semoga kita dpt mengawal diri kita dari kelemahan diri kita sendiri. Berdoalah

Tuesday, April 19, 2011

Sunday, April 17, 2011

Manusia oh manusia



Situasi 1 - Lepas sembang² di luar. Lalu diajak makan² di dapur. Ada banyak makanan terhidang.

A : Jemputlah makan A banyak mak aku masak ni ha. Jgn lah segan :)
B : Eh takpe lah kau makan lah. Hey C makanlah kau tadi lapar kan.
C : Makanlah takpe kau makan dulu.
A : Alaaa ambil jela banyak ni jgn lah segan makan jer..
B : Alaa kau makan lahhh. C makanlahh
C : Eh takpe kau lah makan aku kenyang lagi ni..
  

Sejenak...
  

A : Haa tengok habis semua makanan kau makan. Baguslah B ni kau tak membazir licin semua dia habiskn!
B : Eheee aku tadi mcm tak lapar sgt tapi sedap lah pulak mak kau masak A. Seriussss
C : Eee bapak pelahap kau ni B mmg muka tak malu betullah weyh. Sikit pun tak simpan orang belakang..




Situasi 2 - Tetap situasi yg sama.. 

A : Jemputlah makan A banyak mak aku masak ni ha. Jgn lah segan :)
B : Eh takpe takpe aku dah kenyang betul ni (malu walau perut lapar gila) Bagi C jelah makan. Tadi dia ckp dia lapar.
C : Makanlah takpe kau makan dulu lah aku pun tak lapar lagi ni. (sedangkn perut kosong dari pagi tak makan tapi demi menjaga maruah diri terpaksa menahan perut) 
A : Alaaa ambil jela banyak ni jgn lah segan makan jer..
B : Alaaa kau makan jela kitorang tak lapar lagi ni. C kalau kau nak kau makan lah dulu..
C : Eh takpe sila sila aku still kenyang lagi ni. Betul tak tipu (telan air liur)



Sejenak...

A : Haa tengok habis semua makanan aku makan. Itulah korang kenapa tak makan sekali tadi..
B : Eh its ok lah A aku makan banyak dah tadi tu kenyang lagi. Hehe (perut berbunyi sambil pgg perut)
C : Hee tu lah aku pun sama.. (krikk krikk)






BAB MAKAN JANGAN MALU / JANGAN JADI PELAHAP DI RUMAH ORANG?
Kalau dah nak makan tu buat jer muka tak malu. Kalau dah tak nak tu tak payah lah nk mengata orang lain melahap pula ya?
Kerana mulut badan binasa. Kerana malu anda yg rugi. 
Kui kui 






p/s : Rambut sama hitam hati lain-lain. Apa kata anda? Anda yg tentukan. Ignore ulangan perkataan "makan" yg keterlaluan. Peace (n_n)\/

Saturday, April 16, 2011

Maturity






Is when you trying so hard in EVERYTHING




FD