Monday, May 23, 2011

Anda mengawal diri anda.





Assalamualaikum..


       Hai kawan. Lama tak dengar khabar ya? Hurmm. Yup dah lama masa berlalu, dan terlalu banyak yg telah berlaku. Namun tidak siapa yg tahu.. Demi masa. Ya demi masa manusia itu selalu kerugian. Kerana manusia sentiasa tidak sedar akan masa yg berlalu. Manusia terlalu lalai. Termasuk juga dgn diri aku. Kerana diri aku juga ttp seorang manusia biasa yg sentiasa hanyut dibuai arus kemodenisasi dunia yg fana ini. Setiap kali aku kenangkan masa2 yg berlalu.. Ya terlalu banyak masa yg rugi. Namun aku bkn lah seorang manusia yg tidak bersyukur. Kerana selama masa yg aku lalui tiada sikit pun aku sesali, kerana aku tahu masa itu kurniaan Allah. Dan setiap detik masa itu berlalu ialah harga setiap hembusan nafas dari Allah. Jadi kita patut bersyukur atas kurniaan umur yg panjang. Walau apa pun yg telah dilalui sama ada baik mahupun buruk anggap lah ia sebagai pendorong utk kita berjuang menggunakan masa dgn lebih baik pada masa akan datang. Seperti kata pepatah, yg mana tidak baik jgn dibiarkan pisang berbuah dua kali. Betul bukan? Jika kita sudah masak benar dgn permainan hidup ini kita jgn sekali lagi jatuh dan mudah dipermainkan hidup ini. Walaupun kita manusia yg tidak bijak meneka apa cabaran dan ujian dari Allah keatas hidup kita. Tapi kita haruslah bijak menghargai masa. Pilihan di tangan kita. Kita harus ingat walau takdir hidup kita telah ditetapkan Allah namun kita mampu untuk tetap membuat pilihan. Kerana Allah itu sentiasa memberi jalan kebaikan kepada hambanya yg memilih untuk berbuat kebaikan kerana-Nya. Tetapkan niat yg baik dan pilihan yg baik itu sentiasa KERANA ALLAH, DEMI ALLAH. 

Aku selalu berpesan kepada diri ku dan aku mengharapkan kalian juga berdoa, semoga Allah sentiasa melindungi kita dari keburukan dan menjaga aib kita sebagai seorang manusia yg lemah. Apa jua ketentuan dari-mu Ya Allah adalah terbaik bagi aku hamba-mu, dan apa jua yg buruk itu adalah dtg dari kelemahan aku sebagai manusia yg lemah. Allah maha bijaksana, sahajalah yg menguasai keseluruhan alam. Aminnnn..

Diharapkan semoga kita dpt mengawal diri kita dari kelemahan diri kita sendiri. Berdoalah

No comments: