Monday, March 7, 2011

No one has ever made himself great by showing how small someone else is.



Bila aku dengar ada org berkata buruk di belakang aku.
Dan aku cuba tanya berkali2 apa benar itu yg dia kata?
Apa benar si fulan itu mahu menandingi warkah2 di blog aku ini? (cnth sahaja)
Dan aku bercerita tentang seseorang.
Malah aku bercerita tentang sesuatu.
Siapa kau untuk menilai baik buruk ku?

Dikala aku sedang rancak bercerita dengan kawan2 aku.
Disaat aku berkata salah tentang mereka.
Dan yg salah dan benar itu.
Adakah kau yg tentukan?

Diwaktu aku kesesakan wang.
Dan aku hanya mampu bergadai harta benda malah meminjam wang dari kawan2 ku.
Walau kau ada disisi dan kau kata kau begitu kesian melihat ku.
Kau lihat aku miskin? 
Kau lihat aku papa kedana?
Kau lihat aku sanggup hidup meminjam2.
Kau kata aku tiada rasa malu.
Siapa kau untuk nilai rasa malu ku?
Siapa kau untuk menilai miskin dan kayanya aku?
Dan apa makna miskin dan kaya dari kau?
Ya perlukah segalanya aku terima dari kau?
Asal ada saja pandangan mahupun tentangan dari aku.
Sama ada yg baik mahupun yg sedikit pun tidak masuk akal.
Sejak dari dulu hingga kini aku hanya mampu terima.
Jika tidak pada waktu itu juga.
Pada petangnya.
Pada malamnya.
Mahupun pada esoknya aku masih bisa terima.

Mana bila kau marahi aku.
Dengan sehumban kata2 kesat/kasar/kesal/keras.
Walau nampak semarah mana pun wajah aku.
Walau tidak putus2 mulut kau suarakan kata2 keji itu.
Dan walau sepahit mana apa pun aku perlu terima.
Setia aku telankan pahitnya.
Setia aku mamahkan kerasnya kata2 kau.
Namun siapa tahu apa yg aku rasa di dalam sekecil hati aku ini?
Apa ada pernah kau rasa bagaimana pahitnya?

Bagiku mungkin apa yg kau lihat dan kenal hanyalah dari luaran saja.
Dan apa penilaian mahupun tentangan yg kau reka hanya wujud pada pandangan zahirnya saja.
Kau tidak akan bisa rasai dan ketahui apa yg ada di dalam.
Lain lah jika kau pernah hidup seperti aku?
Atau mungin kau ada kuasa luar biasa?
Mustahil..
Semiskin mana dan sekaya mana hati budi pekerti serta IMAN ku juga tiada tara nya dari pandangan mata kasar mu itu.

Walau seteruk mana dan sehina mana pun kata2 yg pernah kau lemparkan pada aku.
Ingatlah bahawa sesungguhnya insan yg berhati mulia ialah insan yg tidak akan pernah gunakan hati/mulut/kepala/tangan/kaki/telinga untuk menghiraukan kata2 orang lain.
Dan aku tetap dengar kata2 kau.
Tetap berbuat baik pada kau.
Tetap tidak marah pada kau.
Tetap tidak akan pernah berlawan dgn kau.
Tetap tidak membenci kau.
Tetap tidak akan berpaling muka pada kau.
Tetap tidak akan pernah salahkan takdir aku berjumpa dgn kau.
Tetap tidak akan pernah cuba untuk buang kau.

Sebab kalau sudah resmi aku jika org melayan baik aku buat baik.
Namun kalau org melayan aku buruk tapi aku tetap melayan dengan baik.
Kesabaran ialah diatas rumpun yg paling mulia.
Dan yg paling mulia itu ialah dtg dari Allah.


♦ Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar (2:153)

♦ Kemasyuran, kedudukan, keturunan, pangkat seringkali mempermainkan ego. Sedangkan orang-orang beriman itu bersaudara. Tiada beza pada Allah

♦ Talking bad about someone else never make you good at all. Besides its what make you look like who you are.

♦ Because in the end, it is between you and Allah SWT. It was never between you and them anyway.



Allahuakhbar




p/s : Maafkan aku





No comments: