Saturday, January 8, 2011

Copy/Paste.





perempuan ini berlembut tapi kau kasari dirinya
perempuan ini yang memandang kau penuh hormat tapi kau sampahkan dia
perempuan ini yang kau bilang tak memahami tapi dialah yang selalu memaafkan kesalahan kau
perempuan ini yang yakin dengan kau waktu orang lain meragui
perempuan ini yang mahu percayakan kau ketika satu dunia menganggap kau penipu
perempuan ini yang pertahankan kau di hadapan semua orang walaupun dia kelihatan bodoh
perempuan ini yang menangis tapi kau terus gelapkan hati.



perempuan ini, perempuan ini, yang tanpa segan-silu kau main-mainkan luka dalam hatinya. kau mohon dia satu peluang terakhir, tapi kau sia-siakan begitu saja. kau ambil mudah tentang soal kepercayaan. kau ambil mudah tentang soal bercakap benar. kau ambil mudah tentang soal kemaafan.



sekarang aku berikan kau seguni Ringgit Malaysia. apa kau mampu untuk beli lena tidur walau hanya untuk satu malam selepas dia menangis, marah, kecewa dan pergi? sekarang aku berikan kau semua perempuan paling cantik di dunia, yang suka ketawa dan menari. apa kau mampu mencari perempuan yang menyamai budinya? sekarang aku berikan kau segala hiburan yang ada di dunia ini. apa kau mampu menggunakan semua itu untuk menebus amannya hati bila kau tahu dulu, pernah, seorang perempuan ini selalu mendoakan kesejahteraan & kejayaan hidupmu?



tak ada jalan yang terang dapat ditemui dengan memilih di jalan hitam. Allah ciptakan kami perempuan, cuma untuk sekadar tunduk ketika mencium tangan kau, lelaki. hanya di paras itu. Allah tidak ciptakan kami perempuan, untuk sujud dan mencium kaki kau, lelaki. enak agaknya menipu. enak agaknya memperbodoh-bodohkan perempuan lurus. kau ambil pedang dan kau tikam aku ketika aku sedang menyelamatkan kau. kau berdosa selama-lamanya dengan aku. kau akan pergi berdepan dengan Tuhan tanpa kemaafan daripada aku.



di dunia ni ada berjuta-juta perempuan. kau pikatlah dia, kau beri ayat, kau renung dalam-dalam, maka jatuhlah dia. tapi itu bukan caranya bila kau dengan aku. sebab antara kita dulu, Allah yang bukakan hati kita untuk timbul rasa sayang. apa yang Allah beri pada kita pada aku sangat suci. bukan syaitan dan duniawi. kau ingat lagi kau cadangkan aku bertudung? kau ingat lagi kau minta aku bersolat? tapi sekarang mungkin kau akan bertemu dengan yang sesuai dengan cara hidup kau. memang bukan aku. kerana aku menuntut kau supaya berubah. dan aku tahu permintaan aku memang tak salah. aku tak tahu apa yang dah merasuk kau sehingga kau terpesong lagi sekali. aku akur, aku kalah. ya, perempuan-perempuan itu menang. ya, hiburan-hiburan itu menang. MENANG SEMENTARA. tapi kita semua tahu siapa sebenarnya yang menang di sisi Allah. 
pergilah. aku akur. kau lelaki muda, tak berfikir panjang, suka seronok-seronok. perempuan seperti aku ni melecehkan, tak cukup 'fun', tak cukup memahami. aku buat kepala kau berserabut. aku buat kau rasa rimas. aku tak fahami diri kau yang suka berhibur. dan tak perlulah aku fahami kau. itu bukan dunia aku. pergilah kejar keduniaanmu. cukup-cukuplah kau malukan aku depan semua orang, depan semua kawan-kawan kita. demi masa, aku tak rugi apa-apa ketika kau sedang berada dalam kerugian. kita berpisah. 

dengan izin Allah, semoga kita takkan berjumpa lagi. 





p/s ; All of above word belong to - Namy Rashid one of my best girl ever :)






#NamyRashid - Thanks alot Namy! U make it easy when there is no word to hold on to. there u are try to blow away the sorrow give a girl like me a hope to move on my life.. u did deliver all of my songs in my heart and u did great.. you are the best ! ILY Namy :'( :')






3 comments:

am said...

beb . terbaik ..

FARAH DINA BINTI MOHD ABDULLAH said...

Thanks Alot Am.
Doakan Fara dpt yg terbaek eyh :)

am said...

insyallah .
gud luck btw :)