Sunday, November 28, 2010

Surat buat Mama & Abah #29/11/10

Kehadapan Mama,

Mama, bila mama cakap mama tak boleh hadir majlis konvokesyen fara, fara ade dua rasa yg tiba-tiba timbul di benak dada ; jeles dan lagi satu sedih. Fara tahu, nanti pada hari konvo tu mesti fara akan tengok kawan-kawan fara dengan ibu dia dengan mama dia, tapi mama fara takde disisi fara, fara dengki dengan mereka mama L . Lepas tu, nanti fara akan bersedih sebab terkenangkan mama, kalau lah mama ade waktu ni mesti fara akan peluk mama kuat-kuat dan menangis di bahu mama. Tapi takpe mama, fara faham.. di saat ini mama tidak boleh hadir sebab mama tak boleh tinggal Amir, dia SPM dan ade kertas peperiksaan esoknya, takpe mama dia lagi penting sebab dengan tiadanya mama dekat sisi dia dia akan lagi lemah semangat. Mama jangan risau fara akan pastikan fara kuat pada hari konvo tu, fara tak akan pandang ibu ibu lain lama-lama L . Mama jgn risau ok, abah jaga fara, abah bersama fara, Semoga mama disana elok-elok saja.

Kehadapan Abah,

Abah, fara tahu abah datang sini naik bas sebab abah tak nak membazirkan duit abah, lagipun abah sorang je jadi abah kata naik bas pun takpe, lepas tu abah kata kereta pun tak berapa elok ade buat hal jugak sejak dua menjak ni, jadi abah pun beli terus tiket pergi balik dari Kelantan-Shah Alam. Masa hari abah nak datang tu fara tahu abah mesti dah bertolak tapi abah tak call, sebab mama yang call malam sebelum abah bertolak. Bas abah pukul 9 jadi fara agak-agak mesti sampai petang. Jadi fara tunggu je abah call, tapi takde, jadi fara call abah dulu dalam pukul 6 ptg masa tu fara ada dekat kedai makan dengan kawan fara (farahani) kami tengah makan (27/11), abah kata abah dah dalam perjalanan dan dah nak masuk ke Klang, jadi fara tunggu je abah sampai. Lepas habis makan fara terus balik rumah, abah call kata abah dah sampai, fara suruh abah ambil Taxi jer sebab tak nak susahkan suami anak sedara abah yang duduk kat Puchong tu, sebab jauh pulak dia nak datang hantarkan. Jadi abah kata abah nak makan dulu baru abah ambil Taxi. Fara masih tunggu abah dekat rumah.. (20min selepas itu) Abah pun sampai, fara jemput abah dekat bawah rumah, fara salam abah cium tangan abah. Fara Tanya abah makan apa tadi, abah jawab abah makan Mee Hailam, sedap dan murah, abah puas hati buat fara lega abah dah kenyang jadi tak perlu risau abah lapar lagi. Abah kata tidurlah awal, esok nak bangun pagi kita kena pegi awal sikit “ biar kita awal menunggu tak pe jangan lewat nanti tergopoh gapah pulok “ , fara jawab “ yela nanti fara tido, abah tido lah dulu “. Tak lama lepas tu fara tido, tapi fara terjaga pukul 2 pagi, fara mimpi buruk, mengigau mcm kena tindih tapi selamat fara lawan. Fara sedar fara terus bangun pegi toilet ambil wuduk, fara solat sunat. Fara jenguk abah kat luar, abah masih tido. Fara lega dan fara tido balik.

Esoknya… fara bangun subuh tapi fara tido balik, mengantuk lagi tido tak lena semalam. Malangnya, fara bangun balek pukul 9 pagi. Fara bangun terus iron baju abah, sekali fara terkejut tengok abah. Abah tengah minum air teh dan makan nasi lemak. Terlintas di fikiran fara “ mana abah beli nasi lemak ni sedangkan fara sendiri tak pernah beli nasi lemak bungkus sejak duduk sini, lagi satu mana abah tahu ade teh dan pandai-pandai abah buat air teh sendiri “. 

Abah, maafkan fara abah. Sepatutnya fara yang kena buatkan air untuk abah dan belikan nasi lemak untuk abah, tapi ni abah yang suruh fara minum air abah buat dan makan nasi lemak yang abah beli. Fara tahu abah mesti lapar, abah kata abah jalan kaki jauh sampai ke jalan depan tasik sana jauh sangat kedai tu. Fara rasa bersalah sangat biarkan abah jalan kaki jauh-jauh semata nak beli nasi lemak untuk sarapan pagi, fara kecewakan abah. :’((

Fara bersiap lewat, dan pergi ke uitm pun lewat. Membuatkan abah tak sempat nak singgah ke kedai gambar untuk beli filem nak ambil gambar fara. Padahal abah dah pesan awal-awal kita pergi beli filem Kodak dulu nanti nak ambil gambar. Tapi disebabkan lewat jadi takde Taxi fara terpaksa mintak tumpang Kak Viper, mujur dia memang fara jemput untuk gantikan tempat mama. Jadi akak datang ambil kami di bustop, tapi terlepas kedai gambar. Abah mintak maaf fara tahu abah marah sebab abah tak dapat beli filem tu sebab abah nak ambil gambar untuk kenangan konvokesyen fara, fara kecewakan abah lagi. :’((

Masa pendaftaran, abah ikut fara. Tapi akhirnya abah dah kena masuk dewan. Fara jangka abah mesti dapat duduk dalam. Jadi fara tak call abah tanya abah duduk dekat mana. Fara berbaris dan masuk ke dalam dewan, sambil pandang sana sini cari abah, tapi tetap tak jumpa. Mana abah :’( .

Masa video perkenalan tentang uitm ade banyak video sedih dan bacaan puisi, fara tak boleh tahan rasa membuak didada, hati masa tu hanya mampu teringatkan muka mama dan abah. Fara mencari-cari mana abah. Abahhhhh :’(

Masa konvo berlangsung, fara berharap abah akan melihat fara secara langsung, tapi lepas konvo abah bagitahu sebenarnya abah tak dapat duduk dalam, abah dekat dewan lagi satu, yang ade skrin besar and hanya dapat tengok dari skrin besar saje. Fara ingat abah dapat tgk Live :’(

Habis konvo, fara buat abah tertunggu-tunggu. Sebab fara pergi jumpa kawan-kawan dan alasan nak bawak kawan dan mintak tolong mereka ambilkan gambar farah dengan abah, tapi seorang pun tak dapat membantu sebab semua orang sibuk. Mereka pun mahu bergambar juga, jumpa Najib pulak kamera dia rosak. Tapi abah dah mula merungut, “ abah dah cakap awal-awal kalau tadi kita sempat pergi beli kodak takde lah macam ni, abah bukan apa risau nanti mama kamu yang kecewa tak dapat tengok gambar kamu, abah takpe dah tengok “. Disebabkan kata-kata itu, fara tak senang duduk fara usahakan untuk abah, fara suruh Najib ambilkan gambar kita, walaupun hanya dengan kamera fon tapi tak apa lah asal bergambar juga dengan abah. Tapi.. lepas abah tengok gambar tu abah kata abah pose tak elok, badan nampak senget. Abah tak suke L

Last-last farah suruh jugak Raihan ambilkan gambar fara dengan kamera DSLR, jadi sempat jugak ade gambar berjubah sorang-sorang. Jadi nanti boleh tunjuk dekat mama. Mama mesti suka J

Lepas tu kita balik dengan Raihan, terima kasih dekat ayah dengan ibu raihan sudi hantarkan kami. Abah merungut lapar, dan balik terus mandi, habis solat dan Qada solat tadi, kami pergi makan dekat Restoran Ban-d. Abah kata nak makan mee kari, tapi abah kata bungkus pun takpe lah sebab nak makan dua, nasi goreng pun nak jugak (lapar sgt seharian kelaparan dalam dewan). Kami makan dan berborak-borak dengan abah. Dah lama tak macam ni kan abah ?

Dalam perjalanan balik, abah kata abah kenyang sangat. Fara tahu abah mesti kenyang sebab makan habis dan perut kenyang kena jalan jauh pulak tu, jalan kaki dari Ban-d ke rumah mesti perut abah goncang kan ? hehe.. Fara tahu J tapi dalam perjalanan balik tu, fara tak pegang pun tangan abah. Mesti abah kecewa :’(

Sampai rumah, abah cerita abah tengok fara ambil sijil dekat atas pentas tadi, fara jawab “ owh abah tgk lah eyhh “, tapi dalam hati mesti abah nak cakap sesuatu L mesti abah nak cakap abah terharu L betul ke abah ? J Abah mintak sijil diploma fara, abah tengok satu-satu, fara pandang abah dari jauh. Apa lah yang abah fikirkan tu ? Abah bangga ke tak dengan fara ni ? Abah gembira ke tak dengan fara ni ? Abah sayang ke tak fara ni ? Abah ambil gambar sijil fara, abah kata abah nak bagi mama tengok, mama mesti teringin nak tengok.

Abahhhh… Abah buat fara sedih sangat. Fara terharu abah datang dari jauh semata-mata untuk tengok fara bergraduasi. Tapi fara, lansung tak dapat tunjukkan yang fara sangat hargai pengorbanan abah. Fara menangis tengok abah sorang-sorang tido tadi. Abah fara sayu. Fara menangis terkenangkan pengorbanan abah. Abah… Fara sayangkan abah. Fara tak nak buat abah kecewa, kalau boleh fara nak abah gembira dengan fara, macam kita dulu-dulu. Waktu fara ikut abah pergi kerja, masa tu fara masih budak-budak, tapi fara tetap ingat, fara sentiasa dimanjakan abah masa tu. Fara rindukan kasih sayang abah. Fara tetap sayangkan abah macam dulu. Abah lah insan yang telah bersusah payah besarkan fara. Pengorbanan abah terlalu berat untuk fara balas. Fara harap segulung diploma ini setidaknya dapatlah membuat abah merasa gembira. Fara berjanji fara akan lebih tekun lagi menghadapi cabaran hidup, fara mahu lebih berusaha untuk menjamin masa depan fara, fara mahu lebih kuat untuk harungi hidup ini, fara mahu buat mama abah senang hati, fara mahu tengok mama abah sentiasa bahagia, fara mahu tengok kita hidup senang dan selesa sentiasa, fara mahu buktikan itu, doakan fara abah. Dan maafkan lah fara jika ia terlalu sukar untuk fara suarakan di hadapan abah, kerana hanya hati ini yang dapat merasa dan bimbang fara hanya mampu menangis bila berdepan dengan abah nanti. Abah fara sayang abah. Fara sayang mama. Fara sayang kamu berdua. Terima kasih abah dan mama.





Seikhlas hati anakmu,
Farah Dina                                                                                                                                                 

5 comments:

Nursyahida Osman said...

Faraaa! kite nangis baca entry ni. tak henti2 airmata nanges. :'(

congrats on ur convocation day love! :)

am said...

hye fara .congrats btw .ye pgorbanan mak ayah mmg tak dpt di gmbarkan .tak dpt dibalas biarpun diorang dekat dengan kita .entry sgt terbaik fara . dah .ni dah berjaya .cari la kerja baik2 .balas slow2 jasa mak ayah okay ! gud luck babe .

FARAH DINA BINTI MOHD ABDULLAH said...

Amoi - time kte tulis ni pun kte nanges tak henti2. terlalu sedih nk gambarkan :'(
btw thanks love ! :)

Am - thanks am. insyaallah fara akan slow2 cube senangkan hati mama dan abah. doakan fara tao. and thanks alot for reading :)

anastasheeka said...

sedih pulak bace.. :') congrats fara :)

FARAH DINA BINTI MOHD ABDULLAH said...

Auwhh. time ni pun fara kesedihan bangat anas :')
Thanks & congrats to you too dear :*