Thursday, November 25, 2010

" Elehh Pakai Je Tudung Tapi Perangai Mcm Apa Jugak ! " katanya..

Assalamualaikum,

Baiklah pertama sekali saya ingin nyatakan isu yg bakal saya perkatakan disini mungkin sudah lali dimata anda, dan mungkin juga telah banyak menjadi buah mulut dan tontonan masyarakat zaman sekarang. Namun marilah kita same2 fahami permasalahan yg dialami oleh insan bergelar wanita. (ada gaya intro mcm 999 tak ? eh )

OK like OK OK OK mcm ni.
if korg pernah baca lah mmg ade satu notes kt FB yg telah di tagged kan pada smua org lupa lah siapa yg buat, tapi aku terpanggil untuk mengupas isu yg sama kerana mungkin ade lagi mereka yg tidak ambil tahu pasal apa yg sedang dilalui oleh perempuan bertudung, jadi khusus untuk wanita bertudung disini saya harap mungkin kita akan lebih yakin dalam menempuhi dugaan sebagai wanita bertudung di era modenisasi yg semakin membuak buak ini. Semoga ia menjadi tauladan ramai juga.

This all i got from the notes :

* Sememangnya segala kebaikan dalam diri setiap orang bukan dinilai dari segi pemakaian semata2, Namun ianya dinilai dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah, dan juga usaha dalam mencapai ketaatan kepada Allah, iaitu dengan melalukan apa yg disuruh Allah dan apa yg dilarang Allah. Inilah aspek pertama yg sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing2 sebagai seorang muslim. 

* Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukan lah sekadar fesyen untuk dijadikan ikutan mahupun suka2. Namun ianya sudah termaktub sebagai perintah Allah s.w.t, lalu sebagai seorang muslimah yg bertudung kita bukan sahaja wajib menjaga aurat tetapi harus juga berakhlak baik. Tidak kira siapa saja insan bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yg diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yg baik.

* Setiap muslim itu juga tidak akan terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang Pembunuh, Perompak, Penyamun, Penzina, Mahupun Kaki lepak, anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat ! Sekiranya anda telah sah muslim, jangan ingat seandainya anda seorang penjahat, maka anda terlepas dari kewaiban solat? Oh tidak sama sekali, kerana jika anda sejahat apa sekalipun anda tetap wajib menjalankan ibadah wajib, bahkan WAJIB segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Dan begitu jugalah dengan kewajiban bertudung, biarpun anda seorang yg jahat dalam hal yg lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat, anda tidak pernah sesaat pun terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung, sesungguhnya itu hanyalah imaginasi anda sahaja. 

* Perangai yg tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup aurat juga satu kesalahan. Jika tinggal kedua-duanya (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi berusahalah untuk melakukan kedua-duanya.

* Mereka yg berkata " Elehh pakai tudung tapi perangai mcm apa " or " Alaa pakai tudung pun perangai buruk " , Sebenarnya, akhlak andalah yg rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Tanpa anda sedari anda telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yg sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam menutup aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yg menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kata2 keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka ? Kenapa anda mencerca insan yg berusaha memakai pakaian yg disaran oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah cukup baik berbanding apa yg telah Allah tetapkan ? Anda mahu lawan Tuhan ? 

* Sesungguhnya, Penilaian baik buruk, atau cantik dan tidak cantik semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan pemikiran manusia. Namun, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita sama sekali tiada hak dalam menetapkan syariat tertentu dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yg wajib menundukkan hati kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberi kelonggaran kepada kita. Namun, kebanyakkan manusia itu sahaja yg tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yg berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?


"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yg semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani) "

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)




Jadi Sama-samalah kita renungkan dan selamat beramal :D

p/s : hanya mahu berkongsi. harap boleh dijadikan tauladan. aminn




2 comments:

uNdetectEd said...

Salam..fara.
Siyesss beb! ak suke giler bace post ka yg ni!!
sangat2 bermakna.. ak pun turut sama dlm situasi dimana org meletakkan kalangan wanita bertudung bukan dtempat yg mulia. bukan pujian ganjaran atau hadiah duniawi yg kita mahukan tetapi keberkatan perjalanan hidup kita daripada Allah s.w.t yang kita inginkan. Amin.






extra p/s: i wanna be ur friend
please follow me back
http:cekmek-undetected.blogspot.com

FARAH DINA BINTI MOHD ABDULLAH said...

Alhamdulillah.
thanks tao sbb menimba disini.

ya mmg betul.
keberkatan hidup drpd Allah s.w.t :)
oh ya mmg bila kte hadapi stuasi mcm org mengata mcm tu. kte agak tergamam la nk ckp apa kan.
sbb kte yg terasa tempiasnye.
but after now tidak lagi.
even aku tak jawab balek kt diorg.
aku akan diam smbl tersenyum melihatkan kelalaian diorg sndiri.
sorry to say but aku dah yakin dgn diri aku.
insyaallah akan berusaha untuk memperbaiki lagi.

semoga diberi petunjuk oleh Allah. aminn
btw, aku still tak cam ko ni siapa?
sorry nnti aku follow ko ek :)