Wednesday, March 9, 2011

Reputation is what men and women think of us. Character is what Allah SWT and angels know of us. :)



Seringkali aku terfikir..

Apa perlu jadi insan, yang dimana setiap perbuatan yg kau buat diatas muka bumi ini hanya semata2 untuk dapatkan perhatian MANUSIA lain? 

Yes MANUSIA.
Bukan ALLAH.. 

YA dulu benar mungkin aku juga pernah melingkup dalam tempurung itu. 
InsyaAllah sekarang aku mampu jauhi.
Dek pujian dan harapan manis yg manusia2 berikan. 
Pujian yg kita rasakan ikhlas.
Tapi hasilnya kita termakan pujian orang.
Mahu menjadi bahan untuk dijadikan perhatian orang ramai.
Dalam "English" org kata "Attention Seeker"
Yang disana kata begitu yg disini kata begini.
Yg dulu gemuk mahu jadi kurus. (cth situasi)
Dan bila sudah kurus kini berlemak dgn kemanisan bibir yg org lemparkan. 
Kita TURUTKAN saja.
Kita BENARKAN ia.
Sampai mentaliti hanya fikirkan kepentingan tentang..
APA YG ORANG LAIN FIKIR TERHADAP ANDA!?

Memang lah orang lain akan "memandang".
"Mengata" tu sah2 tak pernah berhenti selagi ada mulut.
Tak gitu?
Tapi jgn pula kita terlalu tak endahkan semua pandangan orang.
Mana yg BAIK tu kita terima dan sematkan dalam diri.
Kite ucap ALHAMDULILLAH.
Kita syukuri sebab masih ada lagi orang yg sudi menegur..
Mana yg SALAH tu jgn pulak dibuat dan diamalkan.
Jgn kerana semata2 kita "persetankan" apa yg orang lain ckp. (-ve things)
Kita buat jer sesuka hati kite.
Jangan camtu pulak.
Apa yg buruk perlu ditegah.
Jadi jika benda tu buruk kita elakkan.
Sebab ia bermakna kte mengelakkan FITNAH dari mulut2 org.
Yg buat fitnah tu pulak biarlah Allah saja yg tahu. (Wallahualam)
Semua tahu kan fitnah tu lebih besar dosanya dari membunuh?
Ya Allah kita manusia lemah. (ʃ˘̩̩̩.˘̩ƪ)

Namun tidak juga boleh kita salahkan orang lain.
Insan biasa yg lemah hanya mampu melihat manusia dari segi pandangan zahirnya sahaja.
Yg mana suka api.
Sukalah dia pada api.
Dan yg mana suka air.
Maka sukalah dia pada air.

Lalu jika kita mengikut sang api.
Api lah juga jadinya.
Jika kita ikuti sang air.
Airlah kita akhirnya.

"Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu,untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya" - Hamka

Mana yg buruk tetap buruk.
Mana yg baik tetapkan baik.
Sampai bila2 pun yg jahat itu tidak akan bisa memenangi yg baik.
Dan sampai bila2 jugak yg baik itu tidak akan kalah pada yg jahat.
Jika keliru apa yg baik dan apa yg buruk.
Jangan tanya pada AKU.
Jangan tanya pada yg LAIN.
Tanya pada ALLAH.
Bagaimana?

Mudah saja.
Pergilah bertanya pada Allah.
Berkomunikasi dengan-Nya.
Berdoa tadahkan tanganmu. \(‾▿‾)/
Rujuklah Hadis.
Terjemahan Al-Quran.
Blog-blog keagamaan. (saya suka yg ni - I♥ISLAM)
Banyak yg bakal membuka mata anda yg masih lagi belum terbuka hatinya.
InsyaAllah..

YA aku tidak suruh dirimu dan semua orang SUKA akan aku.
Aku tidak juga suruh dirimu dan semua orang BENCIKAN aku.
Usah kau lihat pada aku yg satu ini.
Mungkin boleh kau lihat dirimu.
Cerminkan diri kita.
Muhasabah diri kita.
Atau mungkin juga orang lain.
Belajar dari pengalaman orang lain.
Pengalaman org lain berubah dari buruk kepada baik.
Bagaimana mereka mendapatkan hidayah dan petunjuk.
Ya sehingga aku pernah menitiskan air mata. (⌣́_⌣̀)
Dan janganlah diri kau rasakan hanya dirimu seorang saja yg TERINDAH. 
Jangan pernah rasa diri bagus/sangatbagus/riak
Ingatlah orang lain juga masih sama dgn mu.
Kita ialah ciptaan Allah dan tinggi rendahnya kita SAMA.
Dan hanya Allah saja yg tahu apa nilai tinggi rendahnya.
Jadi usah membanding-bandingkan.




REMEMBER :  Don’t let popularity go to your head, for it never lasts and you may lose from it more than gain.






p/s :  Fara tak pernah mintak pun sesiapa suka fara or cakap fara baik. Tak payah suka fara. Fara bukan orang baik pun. Jangan nak anggap fara baik semata2 sebab fara post benda2 baik. Never judge me. Just let me trying to be good and nice to myself and people. Kalau fara ada buat silap tegur fara. Kalau fara senyum just smile back if you really appreciate me. Maafkan fara kalau terkasar bahasa tersilap kata. Fara maafkan korang juga. Thanks for your support friends :)

No comments: